flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Pengumuman

Selamat datang ke Luv Malaysia.  Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di Luvmalaysia@luvmalaysia.com atau anda boleh menghantarnya sendiri. baca selanjutnya di Link ini.

 

Kehebatan Royal Jelly

  • PDF

Bee and Royal Jelly

NUTRIEN

Royal Jelly mengandungi pelbagai khasiat esensi yang dibuat khas dalam bentuk serbuk yang dikering bekukan melalui teknologi terkini iaitu cara penyejukkan dan pengeringan suhu rendah lampau. Teknik ini diaplikasikan untuk mengasingkan bahagian air tanpa merosakkan nutrien sedia ada lalu menjadikannya pekatan ekstrak. Pekatan ini amat stabil dan kandungan aktifnya dikekalkan yang meningkatkan proses penyerapannya di usus sebanyak dua kali ganda.

LELEBAH ASKAR
Royal Jelly dihasilkan oleh lelebah askar. Debunga lelebah dikumpul dan dicerna bersama madu lebah di kelenjar 'hypopharyngeal' yang mana akan merembeskan sejenis rembesan gelatin berupa susu putih. Rembesan inilah digelar Royal Jelly. Ia merupakan sumber makanan utama bagi Permaisuri Lebah dalam merangsangkan pertumbuhannya sehingga saiznya dua kali ganda berbanding saiz lelebah lain. Hayat Permaisuri Lebah boleh bertahan selama 5 tahun iaitu 40 kali ganda lebih lama daripada lelebah biasa.

Bee omel hehe

1500 TELUR SEHARI!
Permaisuri Lebah dapat menghasilkan 1500 telur setiap hari di dalam indung lilin sehingga ia mati atau diganti. Jangka hayat yang panjang dan keupayaan menghasilkan telur yang banyak ini berasal dari kemujaraban Royal Jelly. Para saintis telah menemui khazanah bernilai ini yang bukan sekadar terdiri daripada pelbagai vitamin dan mineral penting malah mempunyai hormon penggalak pertumbuhan, asid amino, glukosan dan sebagainya. Antara komposisi-komposisi ini, terdapat juga komponen yang belum dikenal pasti tetapi dipercayai bermanfaat kepada kesihatan yang kini dinamakan ' Bahan R' secara sementara. Ahli-ahli sains kini sedang mengkaji komponen ini dan percaya sains akan membuka seribu satu rahsia khasiat Bahan R ini di masa hadapan.

 

KHASIAT ROYAL JELLY

1) Mengekalkan Sifat dan Semangat Muda

Diencephalon yang terletak di tengah otak manusia mempunyai sebuah kawasan yang kecil iaitu hipotalamus. Hipotalamus mengawal fungsi organ dalaman, aktiviti endokrin dan kapilari darah. Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan homostasis dan meregulasikan kelenjar pituitari yang merembes hormon manusia. Ia juga berfungsi dalam penghasilan faktor perembesan yang mengawal perembesan hormon dari pituitari. Royal Jelly amat berfaedah untuk hipotalamus dengan meningkatkan kebolehan fungsinya. Ia juga mampu membuat kita bertenaga sepanjang hari, meningkatkan metabolisma badan dan memperlahankan proses penuaan.

2) Limpahan Tenaga dan Kesuburan

Royal Jelly amat kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin B1 (tiamin) yang membantu proses metabolisma karbohidrat kepada tenaga. Kekurangan vitamin B1 menjurus kepada kepenatan, kelesuan, neuritis (radang saraf), beriberi (penyakit sistem saraf) dan penyakit jantung. Royal Jelly juga kaya dengan vitamin B5 (Asid Pantotetik) yang bukan sekadar membantu memetabolismakan glukosa, lemak dan protin malah dapat menguatkan sistem imun dan fungsi penyahtoksik badan. Asid pantotetik terkenal sebagai vitamin anti-tekanan yang membantu mengawal stres dan meningkatkan tenaga. Kekurangan asid pantotetik boleh menyebabkan fungsi kelenjar adrenal yang lemah. Ini akan mempengaruhi perembesan hormon adrenal yang boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon seks, pengurangan penghasilan sperma, ketidaksuburan, alopesia dan pertumbuhan ubah dan sebagainya.

Royal Jelly di dalam bekas

3) Anti Penuaan dan Pencegahan Masalah Pengaliran Darah

Royal Jelly terdiri daripada rembesan unik iaitu 'parotin'. Ia bertanggungjawabuntuk memperbaiki dan mempercepat pembentukan tisu-tisu otot, organ,  tulang dan gigi. Ia juga membantu pemulihan sifat kemudaan. Pengkajipengkaji Jepun telah menyatakan bahawa rembesan ini dapat mencegah kemerosotan peparu, merawat darah tinggi, arterioskelerosis, 'cerebral haemorrhage', angina pectoris dan masalah pengaliran darah lain.

4) Mengekalkan Keserian, Kelicinan dan Kelembutan Kulit

Dalam menghadapi dunia luar penuh pancaroba, hati kita haruslah kuat dan sihat. Kemerosotan fungsi hati akan mempengaruhi kulit kita dan akan menghadapi masalah kulit kering, kehilangan keserian dan kelembutan kulit. Royal Jelly kaya dengan protin aktif yang bukan sahaja memperbaiki hati kita yang cedera atas tekanan yang disebabkan kerja saban hari malah juga dapat menguatkan keupayaan hati untuk menyahtoksik, menggalak fungsi hati yang normal. Hati yang normal dan sihat memberikan kita kulit yang berseri, licin dan empuk. Selain itu, Royal Jelly juga mengandungi asetilkolin yang merangsangkan fungsi sistem saraf dan mengekal keserian kulit.

Last Updated on Wednesday, 30 December 2009 05:23

Add comment


Security code
Refresh

You are here: The Community