Skip to content
You are here: Home Jom Borak! Santai Minda MARI KITA KENALI JIN
Santai Minda
MARI KITA KENALI JIN PDF Print E-mail
Written by ratuarab   
Thursday, 04 February 2010 14:59

Di antara sifat orang-orang yang beriman dan mendapat petunjuk daripada al-Quran ialah percaya kepada perkara-perkara ghaib. Firman Allah dari Surah al-Baqarah Ayat 2 yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami kurniakan kepada mereka."

.....petikan dari khutbah Jumaat.

 

 

Kenali Jin (sumber : Ust Ismail Kamus)

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok tu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! (ikut adat hindu ler tu...)

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Last Updated on Thursday, 04 February 2010 15:33
 

Add comment


Security code
Refresh

 

Undian

Apakah kandungan dalam format video yang anda ingin tonton di Luv Malaysia?
 

Tajaan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday121
mod_vvisit_counterYesterday147
mod_vvisit_counterThis week863
mod_vvisit_counterLast week978
mod_vvisit_counterThis month1469
mod_vvisit_counterLast month3915
mod_vvisit_counterAll days41616

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.191.100
 , 
Today: Sep 09, 2010

Luv Malaysia on Facebook

Luv Malaysia on Facebook

Berita

Sumber Berita

Jum Iklan

Komen Terbaru

Sponsored Links