Assalamualaikum pengunjung web LuvMalaysia.com... sempena tahun baru ni, ramai yang bercuti pada hari ni & RA ambil kesempatan masak Nasi Dagang Kelantan. Actually, perbezaan di antara Nasi Dagang Kelantan & Nasi Dagang Terengganu terletak pada beras pulutnya dan juga kuah gulainya. Nasi Dagang Kelantan menggunakan beras pulut merah, berbeza dengan Nasi Dagang Terengganu berwarna putih.
Menu ni direquest oleh husband RA, dia orang utara tapi yang pelik dia menggemari menu Kelantan seperti Nasi Kerabu & Nasi Dagang...So, di bawah ni saya sertakan resepi/cara memasak Nasi Dagang.
SUMBER : NUNTUT ILMU MASAK NASI DAGANG DARI MAK
BAHAN-BAHANNYA:
* Beras pulut merah original made in Kelantan
* Santan pekat
* Bawang putih-dimayang
* Bawang merah-dimayang
* Halia - hiris nipis-nipis
* Sedikit halba
* garam, gula
CARA-CARANYA:
1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
3. Toskan beras. Kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
4. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
5. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol, gulai ayam, telur tebus dan acar.
Di Episod akan datang, RA akan kongsi resepi gulai Nasi Dagang Kelantan ini pulak yer! Okay..daaa....
P/S:Kat bawah ni RA attachkan gambo Nasi Dagang Kelantan yang di'captured' tadi untuk meliurkan anda....huhu...









Comments
RSS feed for comments to this post.