
Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
5 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/b halba campur
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 2]
2 tangkai daun kari
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dan halia yg dimayangkan bersertakan daun kari, halba campur sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh (sedikir air) masak sehingga pecah minyak.
3. Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
4. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak. selepas 4 minit masukkan kepala ikan.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato, cili hijau dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Siap untuk di santap

Selamat mencuba







