Skip to content
You are here: Home Jom Borak! Motivasi Tip Mengelak Pergaduhan Berpanjangan
Motivasi
Tip Mengelak Pergaduhan Berpanjangan PDF Print E-mail
Written by RatuArab   
Monday, 08 February 2010 17:51

ADAT dalam perkahwinan berbaik, bergaduh dan kemudian, bermesra semula.
Siapa yang inginkan pergaduhan berpanjangan namun kebiasaannya, berlaku sebaliknya. Perdamaian bersifat sementara, esok lusa bertengkar lagi.

 

Sama ada sedang bercinta mahupun sudah mendirikan rumah tangga, pergaduhan sukar dielakkan kerana mungkin pasangan tidak mengetahui teknik tepat untuk berdamai.

Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan supaya mengelak daripada pergaduhan berterusan. Antaranya:

 

1. Jangan merajuk
-Sejak masih kanak-kanak, perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah.

-Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada.

-Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal.

-Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai.

-Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.


2. Jangan menghukum
-Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak.

-Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi.

-Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa.

-Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

3. Jangan berdusta
-Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya.

-Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah
-Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi.

-Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Hentikan bahasa negatif
-Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan.

-Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan.
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.

6. Berbicara mengenai hari ini dan esok
-Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok.

-Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.

7. Senyum semula
-Menerusi pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai
Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya.

-Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.


Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 00:12
 

Add comment


Security code
Refresh

 

Undian

Apakah kandungan dalam format video yang anda ingin tonton di Luv Malaysia?
 

Tajaan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday30
mod_vvisit_counterYesterday147
mod_vvisit_counterThis week652
mod_vvisit_counterLast week984
mod_vvisit_counterThis month1378
mod_vvisit_counterLast month3915
mod_vvisit_counterAll days41525

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.191.104
 , 
Today: Sep 09, 2010

Luv Malaysia on Facebook

Luv Malaysia on Facebook

Berita

Sumber Berita

Jum Iklan

Komen Terbaru

Sponsored Links