Skip to content
You are here: Home Jom Borak! Motivasi Positif hadapi kritikan
Motivasi
Positif hadapi kritikan PDF Print E-mail
Written by ratuarab   
Thursday, 04 February 2010 11:58

Aiseyman...susahnya nak SABAR bila hati dah meletop malah meledak! Rasa nak tuam-tuam  muka insan yang telah menyakiti hati kita...kan?Nak2 pula tatkala kita lepas dihentam dan dicaci maki sesedap rasa oleh seseorang! Eeeii...GERAM!

 

Semalam RA sempat baca buku "Quranic Law of Attraction" oleh Rusdin S. Rauf menceritakan tentang topik SABAR....dinyatakan di dalam Al-Quran banyak disentuh secara menarik mengenai hal2 yang berkaitan dengan SABAR ini. Insyallah, jika ada kesempatan RA akan berkongsi dengan anda berkenaan isi buku tersebut yang ternyata sangat menarik dan mengujakan!

 

Hari ini pula, RA terjumpa dengan satu artikel dari laman web www.budakweb.com (Laman web ini sangat menarik dan penuh dengan pengisian yang bermakna, kalau ada kelapangan intai-intai lah yer). RA nak berkongsi artikel terbaru bersumberkan laman web tersebut untuk renungan anda...selamat membaca.... (",)

POSITIF MENGHADAPI KRITIKAN

Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal, inikan pula kita manusia.

Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.” (Surah ali-‘Imran ayat 119)

“….Dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertobat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.” (Surah at-Taubah ayat 74)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy? Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.” (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas, dapat kita fahami ada dua sifat yang bertentangan iaitu :

1. 1. yang terpuji (mahmudah) dan
2. 2. yang tercela (mazmudah).

Rasulullah SAW adalah manusia yang terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan namun baginda tidak pernah membalas kejahatan tersebut. Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan bersikap tenang dan tidak pernah berputus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak baginda yang sekaligus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan yang dilemparkan kepada yang mengutuk itu sendiri iaitu musuh-musuh baginda sama ada dari kaum kafir atau pun dari kalangan kaum munafiqin hingga akhirnya mereka melihat kebenaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam.

Bukankah Allah SWT telah memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari dan menjauhkan diri sekiranya baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.

Jadi, berwaspadalah terhadap kritikan dan cemuhan. Kuatkan jiwa untuk mendengar apa yang mereka katakan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik. Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.

Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak. Renung-renungkan!

Last Updated on Thursday, 04 February 2010 15:32
 

Add comment


Security code
Refresh

 

Undian

Apakah kandungan dalam format video yang anda ingin tonton di Luv Malaysia?
 

Tajaan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday147
mod_vvisit_counterThis week660
mod_vvisit_counterLast week984
mod_vvisit_counterThis month1386
mod_vvisit_counterLast month3915
mod_vvisit_counterAll days41533

We have: 4 guests online
Your IP: 38.107.191.103
 , 
Today: Sep 09, 2010

Luv Malaysia on Facebook

Luv Malaysia on Facebook

Berita

Sumber Berita

Jum Iklan

Komen Terbaru

Sponsored Links