flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

TIP JIMAT CERMAT

  • PDF

HAND BAG CIK SITI

The Louis Vuitton Monogram Calliope handbag, bernilai RM39,254 - RM43,051, limited edition... LV's Fall Winter collection 2009-2010 yang diperbuat daripada kain jenis sutera broket dan 34 JENIS KULIT HAIWAN EKSOTIK!!! Walalala..weyy...!! Eermm...bayangkan kalau itu menjadi hadiah harijadi anda? Boleh imagine tak? RM40k untuk sebuah bag tangan??? Nilainya hampir sama dengan nilai sebuah rumah flat dua bilik kos rendah!..ffuuuhh!!!

UNTUK APA? - Artikel ini ditulis bukanlah bertujuan untuk mengulas mengenai hadiah yang si cantik manis Siti Nurhaliza terima dari suami tercinta Datuk K sempena hari jadi diva tersebut, tetapi nak mengajak pembaca menjawab persoalan : Kenapa kita perlukan barang berjenama... kualiti ke atau untuk kepuasan..? Seterusnya mengajak anda berkongsi tip-tip penjimatan yang mudah dan berkesan!

Bagi Datuk K yang sememangnya mempunyai pendapatan besar dan mempunyai lebihan wang sudah pasti beliau tidak mengalami masalah dalam menghadapi kehidupan seharian  namun bagi mengambil langkah persedian zaman gawat Datuk K juga perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang - tak pasal-pasal Datuk K jadi subjek dalam ini cerita hehe....ok stop cita pasal Datuk K & Handbag The Louis Vuitton Monogram Calliope... okay..(",)

CITARASA TINGGI

Memiliki barangan berjenama menjadi citarasa kebanyakan orang yang mengutamakan lambang prestij...gaya mutu keunggulan... (teringat pulak iklan dolu-dolu)... Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya. Apa guna membeli sehelai T-Shirt berjenama dengan harga RM75 sekiranya T-Shirt yang lebih kurang sama boleh kita dapati hanya dengan harga RM19.90 dipasar malam. Materialnya tetap tahan lasak, selesa di pakai serta tetap cantik seadanya di pandang mata. So, TIP yang pertama adalah....JANGAN  jadi hamba fesyen / hamba jenama.... :D

TIP SETERUSNYA.....

- Teknik pembayaran bil yang mampu memberi penjimatan - Membayar bil melalui internet secara online banking lebih menjimatkan masa, petrol dan duit parking! Terkadang, bila dah kuar gi bayar bil singgah makan-minum n beli itu ini dijalanan , tentunya menggugat azam anda untuk berjimat rite? :) So, just stick at home & pay ur bill online!

- Membeli-belah sewaktu perut kenyang - Secara psikologinya...kita bakal cenderung untuk membeli-belah secara semborono ketika perut lapar...semuanya terasa hendak dibeli berbanding semasa perut kita kenyang di mana, kita lebih relax, tidak tergocoh gacah serta mampu membuat pertimbangan secara tenang dan teratur...so, makesure kita isi perut kenyang2 b4 pegi shopping!

- Jangan bawak kanak-kanak ketika bershopping - Ini satu langkah yang bijak, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

- Next Tip! Masak sendiri - Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya...i'm i rite dear? :D

- Bila dah masak sendiri tu, bawak lah bekal ke pejabat & didik anak-anak bawak bekal ke sekolah. Tak cool bawak bekal? isk ngarut lah! Kat Jepun dah jadi sebahagian dari budaya membawa bekal ke pejabat..so jangan la malu-malu...bayangkan berapa banyak dapat dijimatkan untuk keperluan di masa akan datang?

LAST BUT NOT LEAST

- KATAKAN TIDAK PADA ROKOK! - Harga rokok pun bukan makin turun, sebaliknya makin naik...rokok pun bukanlah sejenis herba yang menyihatkan, sebaliknya gumpalan asap nikotin yang mengharukan! So stop smoking...dan anda bakal jadi orang kaya yang sihat.... :D


 

Last Updated on Thursday, 21 January 2010 20:50

Add comment


Security code
Refresh

You are here: Jom Borak! Motivasi TIP JIMAT CERMAT