| Article Index |
|---|
| MISTERI CEMBURU WANITA |
| Bergurau Senda |
| All Pages |
WHOAAH..CEMBURUKAH ANDA?

Topik Cemburu ni merupakan antara topik hot yang paling kerap dibincangkan. Cemburu? Haih...! Tentunya ramai di luar sana yang pening kepala...."Naperlah pasangan aku ni kuat benor cemburu yek?"
MISTERI CEMBURU WANITA
Artikel ini memfokuskan misteri cemburu khusus melibatkan kaum hawa..kerana biasanya sifat cemburu ni berkait rapat dengan wanita. Tetapi sebenarnya lelaki juga punyai sifat cemburu sama seperti wanita. Cuma lelaki lebih bijak mengawalnya disamping sifat ego yang lebih tinggi dari kaum wanita.
PETIKAN ARTIKEL:
Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.
Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.
Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.
Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.
Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.
Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?
Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:
* 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.
Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.







