Jika dulu rekod manusia tertinggi di dunia dipegang oleh Bao Xishun dari China dengan ketinggian 7 Kaki 8 Inci. Kini rekod baru yang disahkan oleh Guiness Book of Record manusia paling tinggi dipegang oleh Sultan Kosen dari Turki dengan ketinggian 8 kaki 1 Inci.

Bao Xishun adalah manusia yang tertinggi di dunia pada tahun 2005. Ketinggiannya adalah 2.36meter. Hui tingginya. Beliau telah diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang tertinggi di dunia pada tahun 2005.
Pertarungan merebut gelaran tertinggi di dunia menyaksikan Suparwono lelaki dari Indonesia cuba untuk memadamkan rekod lelaki paling tinggi yang dipegang oleh Sultan Kosen yang berasal dari Turki dengan ketinggian 8 kaki 1 inci. Namun, hasratnya gagal apabila ketinggiannya masih belum cukup untuk memadamkan rekod lelaki dari Turki itu. Suparwono masih kurang kira-kira 2 inci untuk menyamai ketinggian Sultan Kosen dari Turki.

Kini rekod baru yang disahkan oleh Guiness Book of Record manusia paling tinggi dipegang oleh Sultan Kosen dari Turki dengan ketinggian 8 kaki 1 Inci.
Walaupun gagal meraih rekod dunia namun usahanya tetap dapat mempopularkan dirinya dan masih berada dalam senarai antara lelaki paling tinggi didunia. Dengan kelebihan dari segi fizikal ini, Suparwono pernah menjadi seorang pemain bola keranjang profesional di Surabaya. Namun, nasibnya malang kerana mengalami kecederaan pada lutut dan terpaksa bersara dari sukan itu. Sekarang Suparwono hanya menjadi seorang pemotong rumput untuk haiwan ternakan.

Suparwono, manusia tertinggi berasal dari Daerah Lampung,Indonesia berusia 24 tahun.
RA : Sesekali terfikir, bila pulaklah agaknya rakyat Malaysia punya turn tampil jadi yang tertinggi di dunia hehehe.... :D







