flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

BESTNYA BUDU... :)

  • PDF

Rahsia Khasiat Budu Terbongkar

budu clayAda tak Orang Malaysia yang tak kenal Budu? Rasanya untuk mengenal Budu tak perlu tukar ic jadi ore Kelate atau Terengganu, kerana yerlah, budu kan merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu. Pasti ada yang tak tahu bahawasanya budu diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Pasti Terangkat!

 

Cuba bayangkan, budu dicurah ke atas piring, lepas tu di taruk limau kerat lintang, tambah kick dengan 'lado cengik' (cili api) fuhh... BEST! PASTI TERANGKAT...! Kena pula di cicah dengan ikan bakar, ulam-ulaman di makan dengan nasi panas-panas! ADUHAI, mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan! Rupa-rupanya budu bukan sahaja sedap sebagai pembuka selera, malah lebih memeranjatkan ia juga mengandungi khasiat yang begitu banyak dan bermanfaat buat kita.

Penemuan Tergempar

Jangan Terkejut, penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Melawan Radikal Bebas

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Menggalakkan pertumbuhan berat badan

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Mempertingkatkan IQ

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).Haih! Hebatnya Budu...

Budu Secara Saintifik

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Keperluan tubuh manusia

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Antioksidan

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal Bebas

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Menurun Lemak darah

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Menurunkan Kolestrol!

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

botol buduSerat

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

So, lepas ni tak hairan kut kalau Budu di komersialkan di luar negara. Mesti kelakar kalau Budu di jual di market market di Amerika Syarikat atau Australia hehe..menyedari hakikat betapa tingginya nilai khasiat di dalam budu ni, lepas ni janganlah perlekeh makanan tradisi Masyarakat Malaysia yang tak kurang gempaknya berbanding keju dan singkong! hehehe (pinjam tajuk lagu)

 

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 13:53

Add comment


Security code Refresh

Komen Terbaru

  • Persediaan ke Hospital Untuk Bersalin

    Guest 18.05.2012 11:56
    Tq..bguna gak nii,,,, ;-)
     
  • Jaga Tujuh Sunnah Nabi

    Guest 23.04.2012 02:05
    Coretan terbaik..terima kasih atas perkongsian ilmu..
     
  • MENGIRA MASA SUBUR ANDA

    Guest 16.04.2012 03:45
    salam saya period x menentu..kdang2 selan 2 bulan kdang2 3 bulan kdang x selang tp x sama tarikh tiap2 ...
     
  • TIP MUDAH 'LEKAT'- Hamil

    Guest 10.04.2012 11:04
    :-* susah jga ya nak mendapatkan anak ni
     
  • Memilih Hospital Bersalin

    Guest 28.03.2012 13:02
    yg Hosp Angkatn Tntera Wngsa Maju tu cme boleh trima untuk kelahiran normal jer. klau ade komplikasi ...

Tajaan

Bisnes Online Terhangat

You are here: Jom Borak! Info Sihat BESTNYA BUDU... :)