flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Jum Kita Makan Oat!

  • PDF

Article Index
Jum Kita Makan Oat!
Idea Menu Kreatif
All Pages

OAT DAN SUSU
Malam tadi boring dan lapar melanda jiwa, duduk sorang pulak tu bcoz hubby tak balik ermm kepala menerawang memikirkan apalah agaknya menu untuk ini malem....? Tatkala ketandusan idea begini biasanya menu yang simple dan cepat siap menjadi pilihan. (Takmo makan mi segera takut rambut luruh hehe) Teringat pulak stok oat dan susu dalam gobok, tak cakap banyak...dengan pantas terus capai, oat & susu tuang air panas, taruk garam skit...kacau sebati & curah madu sikit....taraaaaa SIAP! Makanan ringkas dan berkhasiat. Makan oat ni sangat-sangat mengenyangkan. Perut terasa selesa dan tak sengkak..BEST! Minum pulak dengan segelas susu...pasti tidur anda akan lebih nyenyak.

 

RAJA SERAT

Lepas makan oat,hati RA terdetik ingin berkongsi khasiat Oat dengan anda. Kalau nak tau,Oat merupakan 'Raja Serat'. Selama ni kita rajin dengan org sebut perkataan serat, tapi apalah agaknya manfaat serat buat diri kita ya? Wahh..rupanya serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala,serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat Baik Untuk Anda


OAT DAN JANTUNG
Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Special sungguh Oat ni rupanya. Tak sia-sialah Oat menjadi salah satu makanan kegemaran RA selama ini.Kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung, penyelidikan telah membuktikan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.



Last Updated on Sunday, 30 January 2011 15:52

Comments  

 
+1 #5 RatuArab 2011-01-31 03:43
Whoaahh...!Ramai rupanya peminat oat di sini....sayangi jantung anda...makanlah oat setiap hari! Udah macam iklan pulak bunyinya yer...huehuehue...' Saya juga cinta sama oat! Insyaallah akan update resepi mengenai oat di dalam kesempatan akan datang....
Quote
 
 
+1 #4 2011-01-14 15:54
sy pun nak try makan oat ...dah mula start hr nie...cayok2...
Quote
 
 
+1 #3 2011-01-14 13:53
Benar nya oat saya kurang suka kalau di beri makan tapi selepas cuba makan ber ulang kali lagi dan lagi
Untuk membiasa kan akhir nya oat adalah satu-satu nya
Paling saya suka
Quote
 
 
+1 #2 2011-01-03 07:14
wow! macam sedap. Sy nak try buat emping oat yang disangai plus susu tu.

Mohon share ye nnti!
Quote
 
 
+3 #1 2010-08-22 11:41
saya cinta OAT!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

You are here: Jom Borak! Info Sihat Jum Kita Makan Oat!