| Article Index |
|---|
| 'Magicnya' Minyak Kelapa Dara |
| BAGAIMANA IA DIPROSES? |
| PENGALAMAN PERIBADI SAYA |
| All Pages |
DARA?

Bagi yang belum pernah dan pertama kali mendengar tentang Minyak Kelapa Dara, pasti tertanya-tanya.....darimanakah asal-usul minyak kelapa dara ini? Bagaimanakah ia diproses dan macamana lah agaknya rupa minyak kelapa yang dikatakan dara ini...terbit juga soalan-soalan berbentuk nakal seperti....apalah yang daranya minyak ini? Apakah bezanya diantara minyak dara dengan yang tak dara ye....? dan seribu satu persoalan lagi. Artikel saya kali ini diharap dapat menjawab segala keraguan tersebut...insyaallah.
MINYAK TERBAIK DUNIA
Minyak Kelapa Dara atau dikenali juga sebagai VCO (Virgin Coconut Oil) ini telah sekian lama digunakan oleh masyarakat dunia sejak turun temurun samada untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan. Di dalam Masyarakat Melayu, VCO ini popular di kalangan Tukang Urut Batin kerana dipercayai dapat meningkatkan kesejahteraan dan kemantapan hubungan suami isteri. Samada fakta ini benar atau tidak, saya tidak pasti, namun yang pasti keunikkan dan manfaat VCO sehingga mendapat julukan minyak terbaik di dunia - dipetik daripada DR.BRUCE FIFE DIRECTOR OF COCONUT RESEARCH CENTRE OF AMERICA, sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
FAKTA ISTIMEWA!
Dianggarkan 50% daripada asid lemak(fatty acid) di dalam minyak kelapa adalah asid laurik( lauric acid) sejenis asid lemak yang berantai sederhana (medium chain fatty acid) yang bersifat anti-virus, anti bakteria dan anti protozoa. HUH! Apa kebendanya medium chain fatty nih? Dalam bahasa mudahnya, asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa ini memiliki khasiat serupa dengan susu ibu. Susu ibu mengandungi juga asid lauric- unsur yang berfungsi memberi ketahanan (immune) kepada bayi yang menyusu ibu.







