flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

HABBATUS SAUDA’

  • PDF

NIGELLA SATIVA@BLACK SEED

RASULLAH S.A.W telah memberi  jaminan bahawa HABBATUS SAUDA mengandungi khasiat tinggi menerusi Sabda Baginda yang bermaksud:
“Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Sam(maut)”Al-Bukhari.

SEJARAH

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong kegunaan tradisi herba. Menurut rujukan sejarah HABBATUS SAUDA telah  digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 3000 tahun sebelum masihi lagi . Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibn Sina (Avicenna),Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

ANTIBODI

HABBATUS SAUDA dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelemumur, rambut gugur, dan pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga merupakan sejenis perawatan awet muda. Ini kerana ia menguatkan lagi fungsi-fungsi kelenjar dengan mengatasi masalah kelenjar thyroid lemak berlebihan, gemuk, menegangkan kulit terutama bahagian muka.

SAKIT PUAN

Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim. Oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan (Metris, Indimetris, Ophratis), senggugut, 2 atau 3 kali datang haid sebulan atau tidak langsung datang haid, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan dan berbau, buasir dan luka-luka usus kecil (colias).

SAKIT TUAN

Bagi mereka yang mengidapi sakit tuan seperi lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum di anugerahkan cahaya mata), angin ahmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan dari mencuba herba ini. Ia juga dapat melegakan kesan buruk dari pada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur, sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit. Ia juga amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu.

 

Last Updated on Friday, 01 January 2010 10:57

Add comment


Security code
Refresh

You are here: Jom Borak! Info Sihat HABBATUS SAUDA’