Agaknya masih belum terlambat untuk RA komen mengenai Filem Papadom yang memulakan tayangan pada 8 Okt 2009 yang lalu. Cerita Papadom berjaya mengubah pandangan skeptikal’ orang kita terhadap filem Melayu. Saya berani Jamin Papadom mampu menyentuh emosi penonton bukan sahaja dengan nilai moral yang ditonjolkan, malah lawak-lawak bersahaja Afdlin Shauki meninggalkan kesan kepada penonton.
Afdlin akui Papadom adalah filem terbaik yang pernah dihasilkannya dari aspek plot penceritaan. Selepas Buli, dia berasakan Papadom mempunyai nilai peribadi dengan kehidupannya.

PROFIL
Nama: Afdlin Shauki
Asal: Johor Bahru
Kerjaya: Pelakon, pengarah, penyanyi, penulis lirik lagu, pengacara, pelawak
Pendidikan: Ijazah jurusan arkitek dari universiti di Amerika Syarikat
Filem Arahan: Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah, Los dan Faun, Papadom
Filem: Soal Hati, Soalnya Siapa, Mimpi Moon, Biar Betul, Gila-gila Pengantin Popular, Diva Popular, Gerak Khas 2, Pontianak Harum Sundal Malam, Cuci.
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke -19, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pengarah Harapan dan Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15.

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk.
Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Kata Afdlin, kekuatan cerita dan mesej yang ingin disampaikan menerusi Papadom dihasilkan daripada pengalaman sendiri. Afdlin mengakui kehidupan bapa yang kurang beri perhatian terhadap anak sering berlaku dan filem ini menjadi usaha merapatkan kembali hubungan antara mereka.
“Saya terfikir apa akan berlaku kepada bapa jika isteri tiada dan perlu membesarkan anak sendirian. Bagaimana bapa menjalankan tanggungjawab dan anaknya pula yang meningkat remaja berasa tidak selesa apabila pergerakannya sering dikongkong.

“Dalam hidup saya sendiri, sejak 10 tahun lalu saya berasakan banyak memfokuskan kepada kerjaya hingga kurang luangkan masa bersama anak.
“Menerusi Papadom, bukan soal siapa yang bersalah antara bapa dengan anak. Sebagai bapa, watak Saadom dalam filem ini berusaha menjaga anaknya. Apa yang dilaluinya dalam membesarkan anak adalah perkara yang sering dilalui kebanyakan bapa,” katanya.
Secara Peribadi, RA mengganggap sememangnya cerita ini POWER, kalau tidak, tentunya Aziz M Osman tidak akan berkata:"Saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton PAPADOM".
hehe :)







