flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Pengumuman

Selamat datang ke Luv Malaysia.  Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di Luvmalaysia@luvmalaysia.com atau anda boleh menghantarnya sendiri. baca selanjutnya di Link ini.

 

MENITI SAAT-SAAT TERAKHIR 2009

  • PDF

 

HARI TERAKHIR
Hari ini hari terakhir tahun 2009. Terbenam matahari nanti, masuklah kita ke dalam tahun 2010. Bertambahlah lagi setahun umur kita dan bertambah hampir kita kepada kematian yang sudah tentu PASTI datangnya...bagi yang masih bujang, tentunya ada perancangan menamatkan zaman bujang menjelangnya tahun hadapan, bagi yang baru berkahwin pula merancang mendapatkan zuriat, manakala tok wan dan tok cik kita menanam hasrat nak menunaikan Haji/Umrah, bagi golongan pelajar mungkin berazam untuk score dalam exam, bagi golongan pekerja berkira-kira nak meningkatkan mutu kerja,memperbanyakkan OT dan out station moga-moga bertambahlah elaun dan naiklah gaji hendaknya tahun hadapan...aminnn.....

MIMPI DI SIANG HARI?
Ada sesetengah di antara kita berpendapat, memupuk azam tahun baru merupakan satu ritual yang sia-sia dan tak berkesudahan. Ianya tak lebih dari satu 'klise', tak cool dan membosankan! Mereka beranggapan ia merupakan satu trend bermusim...ikut-ikutan dan lebih parah lagi ada yang menggangap orang yang menanam azam tatkala menjelmanya Tahun Baru ibarat bermimpi di siang hari! Sebaliknya buat RA,tak salah jika kita jadikan tahun baru sebagai titik point untuk refresh semua apa yang dah berlaku sepanjang tahun. Alangkan PC pun kena 'Clean Disk" & 'Clear Recent History' supaya tak 'hang'...inikan pulak kita sebagai  manusia...yer tak? Azam yang kita tulis di dalam diari mahupun kita pasak dalam hati ibarat tali yang boleh kita gapai tatkala sesat di lautan gelora kehidupan yang penuh dgn kecamuk yang mengganggu tumpuan minda.

AZAM JANGKA PENDEK VS AZAM JANGKA PANJANG
Ada jugak yang kata, buat apa susah-susah menanti setahun untuk memperbaharui azam? Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum melelapkan mata,kita set azam jangka pendek sebagai motivasi mendorong pencapaian kita untuk hari esok.Supaya dengan pantas potensi diri berkembang. Manakala azam yang kita set setahun sekali tentunya lebih penting dan lebih besar pengertiannya.

JANJI PADA DIRI
Azam tahun baru boleh diibaratkan seperti janji kepada diri sendiri. Tidak perlu alasan untuk mengingkari janji ini dan lebih-lebih lagi ianya tidak melibatkan orang lain. Sebab itu bila hujung tahun tiba, kita sedikit pun tidak ambil peduli di tahap mana pencapaian atau perkembangan azam baru yang ditanam untuk tahun itu..."lantaklah, azam aku..suka hati aku..azam korang, ada aku kisah?" Sebab itu azam tahun baru ini adalah fasa terbaik untuk kita menilai dan bermuhasabah diri. Jika azam pada diri sendiri pun tidak mampu untuk kita lunas, bagaimana pula dengan harapan yang diletakkan oleh orang lain pada diri kita? Justeru, azam baru nanti janganlah pula hanya untuk kepentingan dan keinginan sendiri. Selitkan juga janji kita untuk semua watak yang kita pegang dalam kehidupan ini.Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri dan watak-watak yang mengantung hidup pada kita. Maka hasilnya, bertandanglah rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam tatkala tiba tempoh expirednya!

TAKE UR OWN SWEET TIME
Banyak cara untuk merayakan ritual tahun baru ini? Seluruh dunia mempunyai cara dan pendekatan tersendiri untuk menyambutnya. Paling umum ialah tembakkan bunga api serta mercun. Ada yang meniup terompet kertas atau plastik! Cadangan saya, berbalik pada yang SATU, take ur own sweet time, tak kiralah bersama keluarga atau sorang diri,kita pakat-pakat duduk dengan tenang dan aman damai merenung keadaan diri, antara soalan yang berbangkit termasuklah bagaimana pulak halnya kita sepanjang tahun yang bakal berlalu ini? amalan kita? Seimbangkah pencapaian kita dalam mengejar duniawi & ukhrowi? taqwa kita?? Apa yang dah berlalu kita hisab, mana yang baik bukan saja diteruskan, malahan juga dipertingkatkan, mana yang salah diperbetulkan. Segala amalan sholeh biar diterima Allah hendaknya, mana yang buruk mendapat kemaafanNya. YA! Pastinya itulah azam dan harapan RA sempena menjelang tahun baru ini.

 

Last Updated on Tuesday, 15 March 2011 21:19

Comments  

 
0 #6 princess_misz 2010-01-04 11:00
blh2 xder masalahnyer....
hehehe doa2 kan lah ye
Quote
 
 
0 #5 RatuArab 2010-01-04 10:46
whoaa.. nak kawen...aminnn..mudah-mudahan tercapai hendaknya niat yg suci murni tu...nanti kenduri jgn lupa jemput krew LuvMalaysia ek huhuhu
Quote
 
 
+1 #4 princess_misz 2010-01-03 09:02
azam aku tahun ni ... nak kawin ehehehehe doa kan lah yee ahahaha
Quote
 
 
+1 #3 2010-01-02 11:43
azamku tahun ni....dekatkan diri dgn Allah & teruskan berusaha utk pulihkan segala yg keruh taun lps yg paling byk peristiwa sedih...go go cayok...
Quote
 
 
+1 #2 RatuArab 2010-01-01 16:57
Azam RA untuk tahun ni nak majukan website LuvMalaysia ni supaya lebih ramai pengunjung
Quote
 
 
0 #1 2009-12-31 20:07
ape Azam RA tahun ini?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

You are here: Ingatan Untuk Diri MENITI SAAT-SAAT TERAKHIR 2009