flickr facebook twitter digg stumbleupon feed
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?

Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis
(1 viewing) (1) Guest
Go to bottomPage: 1
TOPIC: Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis
#48
Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis 2 Years ago Karma: 0
Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis

Jarang tersenyum walaupun sering membawa watak komedi


KADANG kala kita boleh keliru apabila melihat riak wajah AR Tompel dalam filem lakonannya. Kita berasakan filem seperti Keluarga 69 (1966), Anak Bapak (1966), Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Ahmad Albab (1968) dan Laxemana Do Re Mi (1972), hanya filem komedi semata-mata.


TRIO SERASI: Tompel (tengah) bersama P Ramlee dan
Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.

Tetapi, sekiranya diamati cara lakonan, gerak geri dan mimik muka serta dialognya dia memang kelihatan serius. Dia jarang tersenyum atau ketawa dalam filem yang dibintanginya, sedangkan beliau melakonkan watak komedi. Ada yang berpendapat, corak komedi Tompel sebenarnya kasar, keras dan sangat sinis.

Dalam sejarah filem Melayu klasik, Tompel secara ringkasnya, bukanlah calang-calang orang.

Dilahirkan pada 1917 di Indonesia, Tompel, sebelum melangkah ke layar perak, sudah bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.

Nama sebenarnya, Aman Ramli Jaafar. Beliau mula terbabit dalam perfileman pada penghujung 1940-an dengan menyertai Malay Film Production (MFP) milik Shaw Brothers.

Antara filem awalnya ialah Nilam (1949), Aloha (1950), Rachun Dunia (1950), Dewi Murni (1950), Bapa Saya (1951) dan Pulau Mutiara (1951). Kebanyakannya sebagai pelakon pembantu iaitu pelawak atau penjarah (penjahat), tetapi pelawak dianggap paling serasi. Menjadi pelawak, beliau kerap digandingkan dengan pelakon komedi terkenal waktu itu seperti D Haris dan Siti Tanjung Perak.

Pada 1948, pengarah BS Rajhan membimbing Tompel dengan kerja sebagai penulis skrip dan pengarahan filem, serta berkawan baik kepada P Ramlee. Sejak itu, keinginannya untuk menjadi pengarah filem meluap-luap.



Peluang itu datang melalui studio baru ditubuhkan di Bukit Timah, Singapura iaitu Nusantara Film Production. Beliau menulis skrip dan mengarah filem Perkahwinan Rahsia pada 1951, sekali gus menjadi anak Melayu pertama pengarah filem Melayu di Singapura.

Sebelum mengarahkan Perkahwinan Rahsia, Nusantara Film mahu beliau mengarahkan filem Fatimah. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham dengan syarikat Nusantara mengenai bayaran, Tompel menarik diri daripada mengarahkan filem itu.

Filem Fatimah diserahkan kepada Haji Mahadi. Haji Mahadi kemudian menukar nama Fatimah itu kepada Permata Di Perlimbahan dan diterbitkan syarikat MFP.

Ini menjadikan Haji Mahadi anak Melayu pertama mengarahkan filem di MFP pada 1952. Dalam filem Permata Di Perlimbahan, Haji Mahadi memberi kesempatan kepada Nordin Ahmad dan Maria Menado sebagai pelakon utama.

Tompel secara senyap-senyap terus membantu Nusantara Filem sedangkan beliau masih ada kontrak dengan MFP. Beliau sempat mengarahkan enam filem, iaitu Norma (1951), Sesal Tak Sudah (1952), Chinta Murni (1952), Sehati Serasa (1953) dan Seniati (1953).

Bagaimanapun, tindakannya dapat dikesan dan dipanggil bertemu pegawai syarikat MFP. Beliau memutuskan untuk bersama Nusantara, menyiapkan filem arahannya.

Apabila Nusantara Film ditutup pada pertengahan tahun 50-an, Tompel menyepikan diri. Beliau kembali bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan.

Beliau kemudian muncul semula di layar perak pada awal 1960-an bersama penubuhan Merdeka Studio di Hulu Klang, Ampang. Di studio ini, Tompel berlakon filem Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1962) dan Selendang Merah (1962).

Pada tahun 1961, Tompel diberi peluang oleh Studio Merdeka mengarahkan filem komedi berjudul Abu Nawas. Filem ini diadaptasi daripada teks sastera Timur Tengah. Malangnya, filem itu tidak mendapat sambutan menyebabkan Tompel menyepikan diri sekali lagi.

Beliau membuat kemunculan semula di layar perak kali kedua pada 1966. Kali ini beliau bergandingan dengan P Ramlee dan Ibrahim Din. Kebetulan P Ramlee masih berminat menghasilkan filem ala-Bujang Lapok.

Lalu, Tompel menjadi sebahagian daripada orang penting P Ramlee. Bergandingan dengan Ibrahim Din, mereka menjadi trio untuk filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.

Sejak itulah Tompel sering menjadi pilihan P Ramlee dalam filem arahannya seperti Laxmana Do Re Mi, Anak Bapak, Gerimis (1968) dan Ahmad Albab. Paling menarik, dalam filem itu, Tompel sering memikul watak sebagai bapa kepada P Ramlee.

Sebenarnya banyak babak A R Tompel dengan P Ramlee sering menarik perhatian penonton. Wataknya seperti Mashood dalam filem Ahmad Albab, sebagai Bakar menerusi filem Keluarga 69, sebagai Amore atau Re untuk filem Do Re Mi akan terus menjadi ingatan kepada penonton.

A R Tompel meninggal dunia pada 1973 kerana kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dikatakan terus menjadi sumber inspirasi kepada beberapa karyawan hari ini.

Pengarah filem, U-Wei Saari antara karyawan filem sekarang yang mengakui kehandalan dan ketokohan AR Tompel.

Sepanjang riwayatnya, Tompel dikatakan pernah berkahwin tujuh kali, tetapi hanya lima isterinya yang dikesan iaitu P Suriati, Saloma, Jah Ismail, Ruminah Sidek dan Zainab serta mempunyai anak yang diketahui seramai 18 orang.

Perkahwinannya dengan Suriati lahirlah Armaya Aman Ramlie atau AR Badul, bersama Saloma (berkahwin pada 1952) mempunyai seorang zuriat iaitu Armali Aman Ramlie, manakala antara anaknya dengan Mak Mah (berkahwin pada 1960) pula ialah Adlin Aman Ramlie.

ps: Ar badul ada sorang lagi adik , amran tompel , dulu selalu berlakon juga..


PROFIL: A R Tompel
Nama Sebenar: Aman Ramli Jaafar
Lahir: 1917
Asal: Indonesia
Kerjaya: Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon
Filem Arahan: Perkahwinan Rahsia, Norma, Sesal Tak Sudah, Chinta Murni, Sehati Serasa, Seniati dan Abu Nawas
Filem Lakonan: (antaranya) Nilam, Aloha, Rachun Dunia, Dewi Murni, Bapa Saya, Pulau Mutiara, Tun Tijah, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laxamana Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69 dan Gerimis.

kredit to : arkib berita harian dan sumber2 lisan dari cerita pakcik makcik org dulo2..
princess_misz
smoking
Admin
Posts: 14
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Gender: Female EverSite princess_misz Location: melaka Birthday: 07/10
The administrator has disabled public write access.
 
#52
Re:Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis 2 Years ago Karma: 0
uih.....
nick name den ado dlm salah satu movie AR Tompel.
Mesti dia tiru namo den kn..
hihi..
ahmad albab
Admin
Posts: 35
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
The administrator has disabled public write access.
 
#55
Re:Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis 2 Years ago Karma: 0
perasan lah ko ni labu
princess_misz
smoking
Admin
Posts: 14
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Gender: Female EverSite princess_misz Location: melaka Birthday: 07/10
The administrator has disabled public write access.
 
Go to topPage: 1
You are here: Forum