flickr facebook twitter digg stumbleupon feed
Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Cerita Tiga Buah Kolam
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Cerita Tiga Buah Kolam

Cerita Tiga Buah Kolam 2 years, 2 months ago #60

Cerita Tiga Buah Kolam

Andaikan anda melakukan satu perjalanan yang agak jauh dan menempuh pelbagai rintangan

dan kesulitan. Setelah beberapa hari, bekalan makanan dan air yang anda bawa sudah

kehabisan. Anda berasa amat tertekan, keletihan dan kelaparan serta kehausan yang amat

sangat. Namun destinasi anda masih jauh. Dalam keadaan yang semakin mencabar itu, anda

tiba ke suatu tempat di mana terdapat tiga buah kolam. Dengan tidak sabar-sabar lagi anda

meluru ke salah satu kolam tersebut dengan tujuan hendak meminum airnya kerana kehausan

yang tidak tertahankan lagi. Alangkah terkejutnya anda apabila anda menundukkan kepala

untuk mencecah permukaan air kolam yang jernih itu, selera anda tiba-tiba tertutup. Anda

tidak tergamak untuk meneruskan hasrat anda kerana anda melihat bertimbun-timbun tulang-

temulang memenuhi kolam itu walaupun airnya begitu jernih. Anda beredar menuju ke kolam

yang kedua. Sekali lagi anda terkejut apabila mendapati kolam ini pun dipenuhi dengan

rambut manusia, sedang melintuk-liuk di dalam air kolam yang amat jernih itu. Anda berasa

hampa kerana anda tidak sanggup menghirup air yang bercampur dengan rambut manusia.

Anda kemudian mencuba nasib ke kolam yang ketiga. Aduhai malang sekali, anda terkejut

lagi kerana kolam yang ketiga ini lebih meloyakan. Seluruh kolam yang ketiga ini dipenuhi

dengan darah manusia.



Anda terduduk dan termenung memikirkan bagaimana anda hendak mengatasi masalah

kehausan yang anda sedang tanggung. Bekalan makanan sudah habis, air pula tidak ada

kecuali air yang di dalam tiga buah kolam ini. Dan anda pada logiknya akan menemui maut

jika anda tidak mahu meminum air dari kolam tersebut. Nah, sekarang anda terpaksa

memilih. Manakah di antara tiga buah kolam itu yang anda sanggup meminum airnya?



Jika anda memilih air kolam berisi tulang-temulang; anda adalah seorang yang keras hati,

ertinya dalam hubungan pergaulan dengan rakan atau pun hubungan bersuami isteri anda

seorang yang keras hati iaitu apa kata anda itulah keputusannya. Sifat ini ditamsilkan kepada

sifat tulang yang keras dan tidak dapat dilentur lagi.



Jika anda memilih air kolam berisi rambut; anda seorang yang kelihatanya 'lemah-lembut'

tetapi sebenarnya anda seorang yang agak licik, cerdik dan tidak mudah diputar-belit atau

dipermainkan, malah semakin orang hendak 'membelit' anda semakin pintar anda

mengatasinya.

Jika anda memilih air kolam yang dipenuhi darah; ertinya anda seorang yang bersetia dalam

persahabatan atau perkahwinan dan kekeluargaan. Anda seorang yang berhati mulia, anda

sanggup berkorban apa sahaja (walaupun berkorban darah) terhadap orang yang anda

sayangi.



Apa gunanya cerita ini? Ia berguna jika kita ingin mengetahui serba-sedikit watak dan hati-

perut orang yang berhubungan dengan kita sama ada rakan sekerja, kakitangan organisasi,

pelanggan, sahabat handai atau terhadap pelajar-pelajar kita sendiri. Caranya ialah dengan

menceritakan senario di atas kepada yang terlibat kemudian minta mereka membuat pilihan.



Dari jawapan tersebut dapatlah kita ketahui sifat seseorang itu seperti tamsil yang disebutkan

itu.

~ (Cerita Guru Tasauf)
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.14 seconds

Komen Terbaru

  • Persediaan ke Hospital Untuk Bersalin

    Guest 18.05.2012 11:56
    Tq..bguna gak nii,,,, ;-)
     
  • Jaga Tujuh Sunnah Nabi

    Guest 23.04.2012 02:05
    Coretan terbaik..terima kasih atas perkongsian ilmu..
     
  • MENGIRA MASA SUBUR ANDA

    Guest 16.04.2012 03:45
    salam saya period x menentu..kdang2 selan 2 bulan kdang2 3 bulan kdang x selang tp x sama tarikh tiap2 ...
     
  • TIP MUDAH 'LEKAT'- Hamil

    Guest 10.04.2012 11:04
    :-* susah jga ya nak mendapatkan anak ni
     
  • Memilih Hospital Bersalin

    Guest 28.03.2012 13:02
    yg Hosp Angkatn Tntera Wngsa Maju tu cme boleh trima untuk kelahiran normal jer. klau ade komplikasi ...
You are here: Forum