|
Written by RatuArab
|
|
Monday, 11 August 2008 22:13 |
|
Aroma bererti 'haruman' dan terapi adalah 'rawatan'. Aromaterapi adalah penggunaan minyak pati (essential oils) dari tumbuh-tumbuhan melalui Hiduan (Psikologi) dan Sentuhan (Fisikal). Maksud rawatan disini bukan sahaja khusus untuk merawat penyakit, tetapi juga untuk menghindar dari penyakit, meningkatkan kesihatan, meningkatkan minda, merangsang dan menenangkan emosi selain daripada tujuan untuk kecantikan dan lain-lain. Penggunaan Aromaterapi telah mula digunakan sejak 6000 tahun oleh orang-orang Mesir.
Dari tanah Mesir, amalan ini telah menular ke tanah Arab. budaya dan amalan orang-orang Arab sejak dari zaman dahulu seperti membersih dan mengharumkan masjid, sejadah, merenjis tetamu, memulih penyakit, haruman badan, tujuan kecantikan dan sebagainya. Yakub al-kindi (803-870) seorang ahli Kimia dalam bukunya "The Book of Perfume Chemistry and Distillation", menghuraikan banyak mengenai penemuan dalam minyak pati. Ibn-Sina (ahli perubatan terkenal) telah banyak menyumbangkan ilmu dalam perubatan aromaterapi yang diamalkannya. Beliau adalah orang pertama menyumbangkan ilham tentang cara terbaik memperoleh minyak pati secara penyulingan. Penyebaran agama Islam dan misi perdagangan Arab telah membawa bersama-sama amalan, budaya dan ilmu aromaterapi ke luar tanah Arab iaitu ke India, Cina, Greek dan Eropah.
|
|
Last Updated on Monday, 28 December 2009 09:32 |