flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Menulis Artikel

  • PDF

ANDA KREATIF?

Anda kreatif dan berbakat? Berminat ingin menjadi penulis atau reporter rasmi secara SUKARELA bagi web LuvMalaysia.com? Berminat menyertai keluarga LuvMalaysia? Jika jawapan anda 'YA' sila baca artikel ini selanjutnya....

BERKUALITI & DINAMIK

Dalam usaha untuk menaik taraf kandungan web ini agar lebih berkualiti dan dinamik, kami ingin mengajak anda di luar sana menyumbang artikel-artikel menarik mengenai apa sahaja yang terlintas di fikiran anda, melaporkan sebarang kejadian aneh ataupun tragedi di tempat anda, luahan rasa, malah nukilan harian tentang hidup anda turut menarik minat kami di LuvMalaysia. Bahan artikel juga boleh bersumberkan bahan penerbitan secara online dengan membaca blog dan website lain (Dengan syarat,sumbernya dinyatakan).

JEMPUTAN TERBUKA

Jemputan ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa batasan peringkat umur, bangsa, jantina mahupun status. Sekiranya berminat, anda haruslah KOMITED, IKHLAS dan berfikiran terbuka serta mampu bekerja secara BERKUMPULAN. Tugas anda termasuklah mengedit dan menerbitkan artikel, sekurang-kurangnya sekali seminggu serta memantau dan memberi respon terhadap komen-komen dalam artikel yang diterbitkan.Mudah bukan?

USAH TUNGGU LAGI!

Usah tunggu lagi, capai keyboard dan mulalah menaip! Rakamkan seberapa banyak kisah-kisah menarik yang berlaku di sekitar kehidupan anda untuk di kongsikan di ruang maya LuvMalaysia.com ini. Kami menyediakan ruangnya, dan sentiasa berlapang dada memaparkan bingkisan dari anda.

BAGI YANG BERMINAT

1. Sila penuhi butiran diri seperti di bawah:

1. Nama Penuh
2. Nickname/Username di LuvMalaysia.com
3. Nombor Kad Pengenalan Baru
4. Nombor Telefon Bimbit
5. Alamat Rumah
6. Pekerjaan/Pendidikan

2. Sila klik URL ini bagi mempelajari cara menghantar artikel ke Laman Web LuvMalaysia, Terima Kasih!

http://www.luvmalaysia.com/download/cat_view/55-faq.html

 


 

Last Updated on Friday, 01 January 2010 18:03

You are here: FAQ Artikel Menulis Artikel