flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Pengumuman

Selamat datang ke Luv Malaysia.  Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di Luvmalaysia@luvmalaysia.com atau anda boleh menghantarnya sendiri. baca selanjutnya di Link ini.

 

Rawatan kulit, Mari Kenali kulit anda

  • PDF
JENIS KULIT
Sebelum seseorang jurukecantikkan memulakan tugasan merawat muka pelanggan dan melakukan rawatan muka (facial) adalah perlu dia mengenali jenis-jenis kulit pelanggan agar dapat menggunakan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit. Perkara ini perlu di pelajari dengan mendalam agar tidak memudaratkan atau terdapat kesan sampingan selepas menggunakan produk tersebut.
Kulit muka terdiri daripada 4 jenis kulit iaitu :

1.Kulit normal
2.Kulit berminyak
3.Kulit kering
4.Kulit campuran @ kombinasi @ t-zone

Cara mengenali ciri-ciri kulit normal:
  • Kulit akan kelihatan kemerah-merahan dan kelihatan berseri
  • Kulit akan kelihatan gebu, pejal dan segar
  • Kulit akan kelihatan halus dan tidak kelihatan berparut atau bertanda
  • Kulit juga tidak akan nampak berkilat dan tidak kelihatan kusam atau pudar.
Untuk mendapatkan kulit normal haruslah mengamalkan:
  • Memakan makanan seimbang
  • Memakan makanan yang boleh mengekalkan kesuburan kulit – amalkan memakan buah-buahan segar, memakan ulam-ulaman dan sayuran.
  • Mengamalkan kebersihan dalaman dan luaran.
  • Menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit muka dan pastikan kulit muka harus di bersihkan pada waktu malam sebelum tidur dan sewaktu bangun daripada tidur. Gunakan penyegar dan krim yang bersesuai.
  • Gunakan pelembab sebelum menggunakan alas bedak atau day cream.
  • Dapatkan tidur yang cukup dan amalkan meminum air suam setiap hari.
Cara mengenali ciri-ciri kulit berminyak:
  • Kulit akan kelihatan berkilat dan berminyak
  • Kulit alahan dan mudah bertanda dan berbintik-bintik
  • Senang di tumbuhi jerawat dan liang roma terbuka
  • Muka tidak berseri, kelihatan pucat dan tidak menarik.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit berminyak:

  • Mengamalkan memakan makanan yang berlemak, berminyak serta kabohidrat dan gula yang berlebihan
  • Tidak menjaga kesihatan dan kebersihan dalaman dan luaran juga kurang tidur Metabolisma yang tidak betul
  • Jangkitan pada bintik-bintik merebak
  • Peringkat umur dan tindakan kelenjar dalam badan
  • Pengeluaran peluh yang berlebihan.
  • Tidak mengamalkan meminum air suam.
  • Cara mengenali atau ciri-ciri yang terdapat pada kulit kering
  • Kulit tidak segar dan permukaan kulit merekah
  • Kulit kelihatan berkedut lebih awal daripada umur yang sepatutnya
  • Kulit akan terasa tegang selepas di cuci
  • Sensitif terhadap tindak balas dan terasa gatal
  • Kulit kelihatan mengelupas dan boleh menjadi kelemumur di bahagian kering.
Beberapa faktor yang menyebabkan kulit kering:
  • Kekurangan pelembab pada permukaan kulit
  • Pengeluaran peluh yang berkurangan
  • Menggunakan pencuci muka yang terlalu kerap dalam sehari.
  • Kekurangan vit. c juga tidak mengamalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar
  • Kulit selalu terdedah pada cahaya matahari
  • Tidak mengamalkan meminum air suam.
Cara mengenali ciri-ciri kulit campuran atau kombinasi atau t-zone:
  1. Kulit muka di bahagian dahi, hidung dan dagu kelihatan berminyak
  2. Kulit di bahagian pipi kelihatan kering dan campuran berminyak di seluruh kaw.
Beberapa faktor yang menyebabkab kulit campuran atau kombinasi atau t-zone
  • Penjagaan kulit yang tidak betul
  • Pengeluaran peluh yang tidak sama rata
  • Memakan makanan yang tidak seimbang.
Selain jenis kulit di atas terdapat Iain-lain jenis kulit dan faktor menyebab:
  • Kulit lembab: Disebabkan oleh penyakit, hormon tidak seimbang
  • Suka memakan makanan pedas dan berempah
  • Kulit sensitif: Kulit mudah alah & elergik
  • Muka kelihatan merah daripada kulit normal dan kelihatan nipis & saluran darah hampir nampak di keseluruhan muka
  • Kulit bengkak: Terlalu banyak makan garam dan peredaran darah lemah
  • Tisu mudah rosak dan mengandungi cecair.

Last Updated on Friday, 01 January 2010 15:05

Comments

:-) tq,sungguh bkesan tip2 tuk mgenali jenis2 kulit.Sy juga adalah salah seorg yg mmiliki masalah kulit muka......harap dgn adenye ruangan ni dpt membantu sy dlm mgatasinya

0 rina 2012-02-10 04:09 #1

Quote

Add comment


Security code Refresh

Komen Terbaru

  • Persediaan ke Hospital Untuk Bersalin

    Guest 18.05.2012 11:56
    Tq..bguna gak nii,,,, ;-)
     
  • Jaga Tujuh Sunnah Nabi

    Guest 23.04.2012 02:05
    Coretan terbaik..terima kasih atas perkongsian ilmu..
     
  • MENGIRA MASA SUBUR ANDA

    Guest 16.04.2012 03:45
    salam saya period x menentu..kdang2 selan 2 bulan kdang2 3 bulan kdang x selang tp x sama tarikh tiap2 ...
     
  • TIP MUDAH 'LEKAT'- Hamil

    Guest 10.04.2012 11:04
    :-* susah jga ya nak mendapatkan anak ni
     
  • Memilih Hospital Bersalin

    Guest 28.03.2012 13:02
    yg Hosp Angkatn Tntera Wngsa Maju tu cme boleh trima untuk kelahiran normal jer. klau ade komplikasi ...

Tajaan

Bisnes Online Terhangat

You are here: Diari Wanita Tip Cantik Rawatan kulit, Mari Kenali kulit anda