flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Pengumuman

Selamat datang ke Luv Malaysia.  Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di Luvmalaysia@luvmalaysia.com atau anda boleh menghantarnya sendiri. baca selanjutnya di Link ini.

 

Why Men Marry Bitches?

  • PDF

Ulasan Buku : Why Men Marry Bitches oleh Sherry Argov

Menurut pepatah Inggeris, wanita tanpa cemburu ibarat bola yang tak bisa memantul. Menurut Sherry Argov, penulis buku Why Men Marry Bitches, pepatah itu menjelaskan alasan lelaki menggunakan unsur cemburu untuk menguji perasaan wanita. Lelaki pun berfikir,”Kira-kira setinggi mana tahap cemburu si dia ye? Apakah dia kuat cemburu? Apakah saya mampu memujuk semula hatinya dengan mengirim bunga rose?”

 

 

Menurut penulis buku ini, Kaum lelaki sangat faham, bahawa persaingan adalah salah satu kelemahan bagu kaum wanita yang boleh dimanipulasi. “Langkah pertama yang boleh pasangan lakukan adalah berusaha meyakinkan anda bahawa bekas kekasihnya masih menginginkan dia (walaupun yang sebenarnnya berlaku, dia di tinggalkan..huhu..).”

Versi lelaki seperti ini berbunyi,”Saya melepaskannya supaya memudahkan hidup kami saja. Tapi, dia pasti belum mampu melupakan saya.” Dengan kata lain, si dia ingin anda percaya bahawa dia adalah lelaki rebutan.

Plan B pulak,si lelaki akan berusaha membuat pasangannya cemburu, seperti menjeling sekilas pada wanita lain saat anda berdua dengannya. Atau, menceritakan ada pekerja wanita yang baru masuk di pejabatnya. Boleh jadi, cara dia ini bertujuan untuk memancing reaksi anda. Setidaknya dari situ, si lelaki dapat petunjuk apakah anda benar-benar mencintainya.

Ketika pasangan mencuba membuat anda cemburu, sebenarnya jarang sekali ada hubungan ketertarikannya pada wanita lain. Kalau reaksi anda marah atau sedih, dari situ dia tahu anda sayang padanya.

Tapi, cuba anda fikir-fikir, bila pasangan betul-betul tertarik pada wanita lain, apa dia akan memberitahu anda? Jika memang ia berniat curang, dia akan melakoninya dengan diam-diam. Bukannya terang-terangan di depan Anda. “Lagi-lagi, kemungkinan besar dia melakukannya untuk mendapatkan perhatian Anda, dan meyakinkan diri bahawa anda benar-benar mencintainya,” ujar Sherry.

Jadi, jangan pernah terfikir, anda berasa kurang dibandingkan wanita lain yang dipuji si dia. Tiru aksi Hollywood, ‘tidak ada penonton, bererti tidak ada pertunjukan’. Dalam ertikata lain, jika anda tidak beraksi seperti yang dia harapkan, anda tidak akan mendorongnya melakukan hal-hal menyebalkan yang berusaha membuat anda cemburu.

So, jika si dia mula berkelakuan aneh untuk membuat anda cemburu, lebih baik anda lebih sering mengungkapkan rasa sayang dengan memberikan perhatian lebih padanya. Dengan begitu, dia tak lagi menerka-nerka perasaan anda dengan bertingkah menjengkelkan yang dapat membuat hati Anda ‘bikin panasssss!!!’.

Last Updated on Thursday, 21 January 2010 13:37

Add comment


Security code
Refresh

You are here: Diari Wanita Kongsi Rasa Why Men Marry Bitches?