Skip to content
You are here: Home Diari Wanita Cahaya Muslimah Hey Ladies!

Pengumuman

Selamat datang ke Luv Malaysia.  Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di Luvmalaysia@luvmalaysia.com atau anda boleh menghantarnya sendiri. baca selanjutnya di Link ini.

Cahaya Muslimah
Hey Ladies! PDF Print E-mail
Written by ratuarab   
Thursday, 04 February 2010 11:34

19 KEISTIMEWAAN WANITA

Sejarah kewujudan manusia sejak zaman Jahilliah sehinggalah era moden, menyaksikan betapa wanita di bunuh dan diperalatkan sebagai satu 'objek' yang hina! Malah bagi sesetengah tradisi bangsa menganggap hanya anak lelaki diiktiraf sebagai keturunan mereka sebaliknya malang bagi anak perempuan yang dibunuh, dibuang atau diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga lain kerana dianggap mendatangkan SIAL!

'Jahilliah moden' pula menyaksikan kaum wanita dieksploitasi di dalam arena iklan & hiburan dangkal! Segenap inci tubuh wanita dari hujung rambut hingga hujung kaki diguna pakai sebagai daya penarik yang membangkitkan ghairah serta nafsu di dalam usaha menarik pengaruhnya! Ini tidak termasuk isu wanita yang dijadikan hamba seks serta penganiayaan mental dan emosi!

Disebalik kenyataan hitam ini, Islam hadir dengan cahayanya membawa definisi baru menjernihkan tanggapan buruk manusia terhadap wanita. Wanita diangkat tinggi dan dihormati dalam Islam. Usah tertipu dengan dakyah karut yang didokong oleh sesetengah individu/pertubuhan yang selamanya berniat serong terhadap Islam dengan menuduh bahawa 'Islam agama yang menindas wanita?' Sebagai bukti, disenaraikan 19 dalil atau bukti betapa seorang wanita itu dimuliakan oleh Allah.....

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

P/S : Alhamdulillah, syukur aku dilahirkan sebagai wanita.... (",)

Last Updated on Saturday, 06 February 2010 08:38
 

Add comment


Security code
Refresh

 

Undian

Apakah kandungan dalam format video yang anda ingin tonton di Luv Malaysia?
 

Tajaan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday30
mod_vvisit_counterYesterday147
mod_vvisit_counterThis week652
mod_vvisit_counterLast week984
mod_vvisit_counterThis month1378
mod_vvisit_counterLast month3915
mod_vvisit_counterAll days41525

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.191.102
 , 
Today: Sep 09, 2010

Luv Malaysia on Facebook

Luv Malaysia on Facebook

Berita

Sumber Berita

Jum Iklan

Komen Terbaru

Sponsored Links