flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Pengumuman

Selamat datang ke Luv Malaysia.  Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di Luvmalaysia@luvmalaysia.com atau anda boleh menghantarnya sendiri. baca selanjutnya di Link ini.

 

Cahaya Muslimah

Hukum Mandi Bogel

  • PDF

Assalamualaikum wbt...

Mukaddimah

Lama sudah RA tidak memasukkan entri ke laman ini. Di kesempatan kali ini , RA ingin berkongsi info mengenai isu yang jarang2 kita bicarakan (ataupun malu nak bicarakan) tetapi penting juga untuk diketahui sebagai penghayatan & pengisian dalam menjadikan hidup sebagai seorang muslim lebih bermakna iaitu berkenaan HUKUM MANDI BOGEL. Selamat membaca!

Hukum

Hukum mandi bertelanjang di khalayak ramai adalah haram. Hukum mandi bogel walaupun di tempat yang tertutup adalah makruh. Tidak ada hadis sahih yang menyatakan amalan kita tidak dikira selama 40 hari.

Last Updated on Tuesday, 15 March 2011 15:42

 

6 ORANG YG MENDAPAT DOA DARI PARA MALAIKAT

  • PDF

Assalamualaikum & Salam Sayang buat pembaca setia LuvMalaysia...

Hari yang berbahagia ini RA nak berkongsi tip bagi mendapatkan doa dari para malaikat. Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya"
*(QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:



1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia"
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

Last Updated on Tuesday, 21 December 2010 17:14

 

Kelebihan Surah-Surah

  • PDF

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

 

Galakan, Asal Usul & Kelebihan Puasa Asyura (10 Muharram)

  • PDF

Salam Muharram buat pengunjung Luv Malaysia

Kini bulan Muharram tiba lagi. Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura.  Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.

 

Last Updated on Saturday, 18 December 2010 18:13

 

Hey Ladies!

  • PDF

19 KEISTIMEWAAN WANITA

Sejarah kewujudan manusia sejak zaman Jahilliah sehinggalah era moden, menyaksikan betapa wanita di bunuh dan diperalatkan sebagai satu 'objek' yang hina! Malah bagi sesetengah tradisi bangsa menganggap hanya anak lelaki diiktiraf sebagai keturunan mereka sebaliknya malang bagi anak perempuan yang dibunuh, dibuang atau diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga lain kerana dianggap mendatangkan SIAL!

Last Updated on Saturday, 06 February 2010 08:38

 

You are here: Diari Wanita Cahaya Muslimah