CAHAYAMATA PENYERI HIDUP
Tiadalah puncak nikmat kebahagiaan seseorang manusia itu melainkan kenikmatan memiliki zuriat. Bayangkan bayi yang kecil, mulus, lemah dan tentunya comel terkulai lembut di dalam pelukan ibu bisa menggugat hati walau sekeras batu untuk tidak berasa terharu. Anak adalah anugerah, hadiah paling bermakna dari yang Esa.
TIP MUDAH 'LEKAT'- Hamil
Last Updated on Saturday, 06 February 2010 08:42
Kisah Festival Cinta
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allah telah memilih Islam bagi kita sebagai agama kita dan Dia tidak akan menerima mana-mana agama lain dari sesiapapun, sebagai mana Dia berfirman (yang bermaksud):- “Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi” [Aal ‘Imran 3:85]
Last Updated on Saturday, 06 February 2010 08:45
Tinggalkan Lima Perkara
Assalamualaikum W.B.T pengunjung yang dikasihi...
Di hari yang serba suram & sejuk beku di Kuala Lumpur dek kerana hujan beberapa hari ini, RA ingin berkongsi secebis bingkisan bermanfaat yang dititipkan oleh seseorang dari email yang diterima beberapa hari yang lalu. Walaupun ringkas, mudah-mudahan memberi manfaat buat kita, insyaAllah...
Last Updated on Tuesday, 15 March 2011 21:18
Hukum Mandi Bogel
Assalamualaikum wbt...
Mukaddimah
Lama sudah RA tidak memasukkan entri ke laman ini. Di kesempatan kali ini , RA ingin berkongsi info mengenai isu yang jarang2 kita bicarakan (ataupun malu nak bicarakan) tetapi penting juga untuk diketahui sebagai penghayatan & pengisian dalam menjadikan hidup sebagai seorang muslim lebih bermakna iaitu berkenaan HUKUM MANDI BOGEL. Selamat membaca!
Hukum
Hukum mandi bertelanjang di khalayak ramai adalah haram. Hukum mandi bogel walaupun di tempat yang tertutup adalah makruh. Tidak ada hadis sahih yang menyatakan amalan kita tidak dikira selama 40 hari.
Last Updated on Tuesday, 15 March 2011 15:42
Tip Menghadapi Musibah
Salam subuh Rabu...Jam menunjukkan 5 pagi.....Susahnya RA nak pejamkan mata... Terpegun melihat gambar2 bencana Tsunami di Jepun dari Google.
Nauzubillah...Inalillahiwailaihirajiun.....Subahanallah.....satu demi satu gambaran bencana Tsunami yang menimpa bumi Jepun bermain di ruang mata, mengetuk akal budi, membangkitkan rasa insaf & bisa mengalirkan air mata...sedih, takut serta insaf akan kebesaran kekuasaan Allah S.W.T.

Sesuai dengan segenap rasa yang mengisi relung hati, RA ingin berkongsi sebahagian Tip dalam menghadapi musibah...moga2 menjadi iktibar...petunjuk serta ubat merawat sebahagian jiwa2 yang dilanda muhsibah saat ini.
Last Updated on Wednesday, 16 March 2011 08:15


